Blog Post

Selamat datang ke blog menarik kami! Sertailah kami dalam perjalanan melalui pelbagai topik yang merangkumi makanan berasaskan produk Pa’man.

Tips Mudah Simpan Cili Kisar Tahan Lebih Lama Supaya Tidak Berkulat

Orang Malaysia memang tak sah la kan kalau makanan tak pedas, jadi hampir di setiap rumah wajib ada stok cili kisar untuk dimasak. Bila dah kisar cili dalam kuantiti yang banyak pun ada caranya supaya cili tersebut tahan lebih lama senanglah mak-mak nak masak nanti kan.

Jom cuba tips mudah nak simpan cili kisar supaya tahan lebih lama.

1. Sediakan cili kering dan beberapa ulas bawang putih
Sebelum nak rebus cili kering tersebut, korang kena gunting-guntingkan cili supaya senang biji-bijinya terkeluar semasa direbus.

Jadi, rebuskan cili kering yang sudah digunting bersama lebih kurang 5 ulas bawang putih.

2. Guna minyak masak
Untuk mengisar cili kering, korang digalakkan untuk menggunakan minyak masak. Guna minyak apa-apa pun boleh supaya cili tahan lebih lama. Tidak digalakkan untuk menggunakan air.

Korang perlu agak-agak berapa banyak minyak yang perlu diletak, asalkan cili itu boleh dikisar.

3. Bekas kedap udara
Selepas selesai mengisar cili tersebut, anda perlu simpan di dalam bekas kedap udara supaya ianya tahan lebih lama.

Jangan lupa simpan di dalam peti ais, cara ini kebiasaannya membuat cili kisar anda tahan lama dan tidak berkulat dalam 3 minggu.

Artikel berkaitan

Gambar Family Pa'man 1.1

Tuan Haji Othman B. Teik

Pengasas Pa'man

Tuan haji Othman Teik [bawah kiri] merupakan pengasas  Perushaan Hajar sejak 1992. Kini anak beliau iaitu Puan Siti Hajar  & Encik Ahmad Fitri meneruskan legasi perniagaan dengan jenama Pa’man (Pak Man) sejak 2021.

Othman Teik

Kegemaran Peribadi Saya
Penaja

Tabung Bantuan

Meneroka