Blog Post

Selamat datang ke blog menarik kami! Sertailah kami dalam perjalanan melalui pelbagai topik yang merangkumi makanan berasaskan produk Pa’man.

Nasi Lemak Sambal Cili Giling Pa’man

Nasi lemak, nasi lemak, mari makan nasi lemak
Kita makan waktu pagi, tidak lapar siang hari
Ada lauk sambal tumis, kalau pedas jangan nangis
Mari lekas adik manis, kalau lambat nanti habis…

Hiii… readers yang sezaman Pak Man mesti tahu bait-bait nasi lemak di atas… lagu nasi lemak yang dipelajari masa mata pelajaran muzik di sekolah dahulu. Zaman sekarang ni ada lagi ke belajar muzik? Yang sebaya Pak Man mesti ingat lagi yang satu ketika dulu kita ‘tere’ main recorder… bukan recorder alat perakam tu, tapi recorder music instrument, rupa dia macam seruling…

Owh… berbalik pada kisah sebenar… kunjungan tetamu pertama sempena Syawal 1435H ni Kak Ina jamukan nasi lemak. Pak Man masak agak banyak.. lebih kurang 20 orang makan. X pernah masak nasi lemak sebanyak tu.. nerveous.

Resepi nasi lemak (untuk 5,6 orang makan):

  • beras 2 pot (Kak Ina guna mug) dibasuh bersih
  • sukatan 1 mug beras = 1 1/2 air.. bermakna 3 mug air.. tapi…
  • masukkan 1 mug santan atau ikutlah banyak mana santan yang dapat. kalau x cukup 1 mug, tambah air.. kemudian tambah lagi air untuk dicukupkan menjadi 3 mug
    * noted: kalau guna santan kotak, especially santan Kara boleh la sukat air macam biasa atau dikurangkan setengah mug. Sebab santan Kara ni dia bukan cecair.. tapi macam yogurt..
  • untuk mudah, masak guna rice cooker…
  • ketuk 2 ulas bawang putih, potong mayang 1/2 biji bawang besar dan seinci halia.. masukkan semua
  • masukkan 2 sudu kecil garam.. untuk first timer elok masukkan sikit2 pastu rasa hujung lidah cukup masin x.. jangan rasa banyak2, air tu mentah kang sakit perut pulak.
    nak bagi wangi.. masukkan simpulan daun pandan

Side dishnya…

  • telo rebus
  • timun
  • ayam goreng / nuget / sosej.. apa2 lah..

Untuk sambal bilis :

goreng dulu ikan bilis.. asingkan

  • panaskan minyak
  • tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk
  • masukkan sebungkus kecil Cili Giling Pa’man
  • masak sampai pecah minyak. kalau kering boleh tambah sedikit air
  • masukkan anggaran 2 sudu besar sos cili
  • bagi yang suka sambal bilis lebih berkuah/cair boleh tambah air lagi.
  • masukkan perencah megi cukup rasa secukup rasa. kalau xde, masukkan garam dan yang suka sambal dia manis2 sikit, boh la gula
  • last sekali masukkan 1/2 biji bawang holland yang dimayang dan ikan bilis yang digoreng tadi.
  • kacau rata… siaplah untuk disatukan dgn nasi lemak tadi…
    * Pak Man x masukkan air asam jawa/asam gelugur dalam sambal ni sbb cili giling tu dah ada rasa masam2 sikit.

Sedikit tips: kalau nasi lemak yang dimasak tadi berbiji2.. bukan mentah, tp mungkin kurang air… boleh la dikukus supaya elok kejadian masaknya..

Artikel berkaitan

Gambar Family Pa'man 1.1

Tuan Haji Othman B. Teik

Pengasas Pa'man

Tuan haji Othman Teik [bawah kiri] merupakan pengasas  Perushaan Hajar sejak 1992. Kini anak beliau iaitu Puan Siti Hajar  & Encik Ahmad Fitri meneruskan legasi perniagaan dengan jenama Pa’man (Pak Man) sejak 2021.

Othman Teik

Kegemaran Peribadi Saya
Penaja

Tabung Bantuan

Meneroka